Saturday, April 10, 2010

Kita pernah terluka…

Pernah rasa amat terluka? Sedih? Kecewa? dan seiring perasaan yang seperti itu… adakah anda faham apa yang dimaksudkan dengan luka? Hanya insan yang mengalami sesuatu peristiwa yang menyebabkan dia menangis sahaja mengetahui apa itu yang dinamakan luka..pernahkah anda memandang ke luar jendela ketika di malam hari sambil menitiskan air mata? Atau adakah anda pernah menyampaikan sesuatu kepada angin lalu untuk insan yang anda rindu? Pernah ke anda merasa teramat dekat dengan seseorang sedangkan anda dengan dia tidak pernah bertegur sapa tetapi saling mengenali…pernahkah???

Semua insan saya pasti ada merasakan kelukaan..walaupun kisah, cerita dan waktunya amat berbeza, tetapi sebagai manusia biasa kita semua pasti tidak akan terlepas dari perasaan terluka..namun ada waktu-waktunya tanpa disedari kita juga sering melukakan..mungkin kita tidak pernah menyedari.

terima kasih kerana sudi bertanya kepada saya “ok “ ke tak?? Zila sihat tak?? Terima kasih kerana prihatin..walaupun saya rasa hakikatnya tidaklah begitu.. sikap saya yang amat perahsia membuatkan saya lebih suka menjawab setiap persoalan dengan senyuman sahaja..ketahuilah bahawa saya teramat malas untuk melayan perasaan sayu mayu ni.. stoplah perasaan sayu mayu itu..senyumlah..meskipun perasaanmu tak mampu lagi untuk bertahan..

Berbahagialah wahai hati-hati yang sedang diuji. Allah menyayangimu. Biar susah, biar senang, Allah sentiasa ada. Andai hati terasa hiba dan duka, luahkanlah kepada-Nya, Dia maha mendengar. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, jangan berhenti berdoa dan memohon kepada-Nya. Perbanyakkan amal ibadat dan mengingati Allah..

Cukuplah Allah sebagai pembantuku...

No comments:

Post a Comment