Monday, March 29, 2010

5 tips berurusan dengan lelaki ajnabi



Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.


3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.


5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

nasihat saya..jagalah diri..hiasi peribadi...

wassalam..semoga ada manfaat..

Saturday, March 27, 2010

kehebatan ayat kursi

Ayat ini diturunkan selepas berlakunya Hijrah. Semasa penurunannya, ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardu, setiap pagi dan setiap petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara nabi Muhammmad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah dari gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah akan terhindar dari pencerobohan pencuri.

AYAT KURSI MENJADI BENTENG YANG KUAT MENYEKAT PENCURI DARI MEMASUKI RUMAH.

Mengamalkan membaca ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan. Ayat Kursi juga dibaca dengan penuh khusuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda memasuki rumah itu, eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, InsyaAllah, mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA.
Fadhilat ayat Kursi mengikut hadis-hadis Rasulullah SAW.

1) “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi Allah menghilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

2) Sabda baginda lagi, “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan solat sunat 2 rakaat, Allah memeliharanya dari kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

3) Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila baring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2
orang malaikat memeliharanya hingga ke subuh.

4) Barangsiapa membaca ayat Kursi diakhir setiap solat fardu, ia akan berada dalam lindungan
Allah hingga solat yang lain.

5) Barangsiapa membaca ayat Kursi diakhir tiap solat, tidak mencegah ia akan masuk syurga
kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia
ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

6) Barangsiapa membaca ayat Kursi diahkir tiap-tiap solat fardu, Allah menganugerahkan dia
dihati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi
juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

7) Barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

8) Barangsiapa membaca ayat Kursi diahkir solat, Allah Azza Wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga
mati syahid.

9) Barangsiapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan, nuscaya Allah berkenan
memberi pertolongan kepadanya.

10) Dari Abdullah bin 'Amar, Rasulullah SAW bersabda, "SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT".


di mana kecantikan seorang muslimah?

Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik ???
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian"
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Sumber : Raja Mohd Suffian bin Raja Abdul Rahman
_____________________________

akulah hawa

Aku umpama bunga
Kembang mekar dipuja
Kumbang rerama berlumba
Bila layu dilupa.

Aku ibarat gula
Banyak semut suka
Ditutup aku terbela
Terbuka aku ternoda

Aku bagai kertas
Bernilai andai dirias
Terkoyak bila dihiris

Ibarat kertas gula dan bunga
Hakikatnya aku cuma wanita
Ada masanya disanjung dipuja
Kala waktunya dikutuk dihina

Aku hanyalah wanita
Punya rasa dan airmata
Biarlah apa kata mereka
Mengabdi diri hanya pada-Nya

Aku seorang wanita
Di sini sebagai hamba
Jangan tunduk pada dunia
Teguhkan hati pada yang Esa
Akulah hawa
Di dunia ini cuma sementara
Bunga kan layu
Gula kan cair
Kertas kan koyak
Tapi bukan jiwaku
Kerana akulah hawa
Hidup dan mati kerana Dia

Friday, March 26, 2010

Cintailah pada empunya bayang

Tiada lagi air mata

tiada lagi kedukaan pada Zulaikha

ia telah memalingkan wajahnya dari Yusuf

membersihkan diri dan pakaiannya

untuk menghadap kepad pencipta Yusuf

keindahan Yusuf adalah bayanganNya

percikan sedikit dari keindahanNya

keindahanNya tiada bahasa

hanya terpaku kelu dihadapanNya


Lihatlah jarimu sudah terpotong wahai wanita Mesir

kesedaranmu telah hilang melihat keindahan Yusuf

sedangkan para’ arifbillah itu sentiasa melihatnya

sudah hancur terluka diri mereka dengan cahanyaNya


Zulaikha menjadi miskin

menjadi tua dan hodoh

cintanya telah membinasakan

cintanya pada Yusuf adalah kesengsaraan


Zulaikha kembali kepada cinta yang hakiki

tiada mahu lagi memuja bayang-bayang

tetapi kepada empunya bayang-bayang

cintanya itu membawa kebahagiaan

cintanya itu membawa keasyikan dan keindahan

Dirinya kembali menjadi indah, cantik dan muda

dan Yusuf jatuh dalam dakapannya


Dunia adalah bayang

sesiapa yang mengejarnya akan kepenatan

siapa yang berpaling darinya

ia akan mendatangi

bila Zulaikha memuja Yusuf

Yusuf lari daripadanya

sehingga terkoyak bajunya

tetapi apabila Zulaikha berpaling darinya

yusuf mengejar sehingga terkoyak pula bajunya


Fahamilah wahai pemburu kehidupan

jangan dsiakan waktu dengan memuja bayang

cintailah empunya bayang

Dialah cahaya keindahan disebalik keindahan

para kekasihNya, sentiasa memandangNya

hancur lukalah jiwa dan akal mereka

dengan pisau cahaya keindahanNya

semester 6 semakin hampir ke penghujung

Terasa masa berlalu begitu pantas…amat pantas..untuk menoleh ke belakang semula adalah sesuatu yang mustahil…kerana perjalanan hidup perlu diteruskan…untuk setiap semester berakhir aku selalu menilai kembali perjalanan hidupku…aku harus akur, masa dan keadaan akan mengubah segalanya. Masa yang berlalu akan mengubah diri kita, hati kita juga kematangan diri kita. Oleh sebab itu kita perlu merebut peluang yang masih bersisa. Jangan biarkan ia pergi meninggalkan kita. Di saat itu kita hanya mampu melihat ia pergi dan menghilang tanpa kita relai. Dalam kehidupan kita mesti melakukan yang terbaik sama ada untuk diri sendiri atau pun orang lain..sementara kita masih berpeluang untuk melakukannya..kerana kita semua tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang..

Sekiranya terasa ingin meluahkan segalanya..luahkanlah..dalam kehidupan aku sememangnya susah untuk meluahkan perasaan. Lebih suka memendamkannya kerana hakikatnya aku seorang yang perahsia.. ungkapkanlah.. zahirkanlah walaupun kamu terasa amat payah..kerana itulah yang harus kita lakukan bagi menyatakan apa yang kita rasa.. kita semua adalah hambaNya yang sering melakukan kesilapan..sekiranya bersalah tiada ruginya kita meminta kemaafan..kerana sebaris kata maaf itu merupakan rahsia sebuah persahabatan.. untukmu sahabat yang kusayangi, tetapi hubungan ini terasa semakin sukar untuk difahami.. pesanku..jagalah hatimu juga hati orang yang menyayangimu..jagalah persahabatan ini elok-elok… kerana aku merasakan tiada ruang dan masa lagi untuk kita saling menyakiti..mungkin esok atau lusa kita dijemput ILAHI….