Saturday, December 17, 2011

mentari hidup

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

p/s: saya sedih =(
perancangan Allah itu lebih baik...

Thursday, December 15, 2011

seindah kasturi..seharum nailofar..

asssalamualaikum... apa khabar sahabat blogger semua? sihat ke? apa perkara yang menggembirakan dan juga menyedihkan sepanjang bulan terakhir dalam tahun 2011 ni??harap-harap tidak ada yang sedih kan.. harapan saya semua sahabat blogger dalam keadaan enjoy sekarang ni..so untuk sementara waktu ni mari kita lupakan kesedihan..jom kita enjoy...:-)

sebenarnya saya baru je mula jinak-jinak menjual minyak wangi..semua ini gara-gara sebab saya pernah bekerja di kedai perfume selepas habis praktikum dulu tu..huhu..seronok ye rupanya berniaga ni..hehe.. saya seronok promote minyak wangi dari bilik ke bilik di sekitar kawasan kampus dan kolej..dan yang paling teruja bila saya dah penat berceloteh diorang pon berminat membeli..hehe..

Tuesday, March 29, 2011

cinta kita cinta perjuangan


"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi" ~khazinatul_asrar~

Tuesday, March 8, 2011

salamalaik....

lama sangat rasanya saya tidak mengupdate blog ini...bukan apa, semenjak menjalani latihan praktikum ini saya amat sibuk melayani kerenah anak murid saya..seronok dan hidup saya sentiasa happy dengan anak-anak murid saya yang manja-manja belaka..ditambah lagi dengan tugas sebagai pembantu warden dekat asrama..jadi jadual harian saya sentiasa terisi dengan program. saya amat bersyukur kerana saya berpraktikum di sekolah yang bagus dan harmoni..walaupun sekolahnya terletak di pedalaman..tetapi setiap dugaan itu saya tempuhi dengan pebuh kesyukuran..





hidup dekat sini banyak jugalah kesusahan yang saya hadapai..hendak keluar shopping pon susah..maklumlah saya ini tiada kenderaan ..so if saya hendak keluar shopping terpaksa tunggu bas..bas pulak jarang-jarang ada...huh..terkadang itu menegeluh jugalah..tetapi semua itu saya ketepikan..yang penting saya harus tabah menghadapi setiap dugaan dan ujian ini dengan sabar..munkin ada hikmah disebaliknya..

apa yang penting..setiap kesusahan dan kepayahan itu perlu ditangani dengan sifat sabar dan syujur..beserta redha dengan ujian dan dugaan yang datang..


p/s : ujian dan dugaan selalu datang daripada insan yang tidak pandai menghargai dan menjaga hati seorang sahabat...mungkin dia tidak pernah mnyedari..

Sunday, January 9, 2011

hati-hati ketika membaca Al -Fatihah

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.

Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ......dua
harakat, MIN .... 3 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Friday, December 31, 2010

perkara atau amalan yang membawa kepada papa @ miskin


info ini saya peroleh ketika saya mengikuti program di pondok pasir tumbuh ini melalui ustaz Rahim. semoga beroleh manfaat. berikut merupakan perkara atau amalan kita yang boleh membawa kepada papa.

1. tidur tanpa berpakaian
2. buang air kecil tanpa berpakaian
3. makan ketika berjunub
4. makan sambil menyenggeng
5. tidak mengutip nasi yang jatuh ketika makan
6. membakar kulit bawang merah dan putih
7. menyapu rumah di waktu malam
8. berjalan-jalan dihadapan orang tua
9. memanggil ibu bapa dengan namanya
10. membasuh tangan dengan lumpur
11. duduk atas bendul pintu
12. bergayut dihadapan muka pintu
13. mengambil wudhuk didalam tandas
14. menjahit dia atas tubuh
15. mengeringkan muka dengan kain yang dipakai
16. membiarkan sarang labah-labah didalam rumah
17. melengah-lengahkan solat
18. tergesa-gesa keluar masjid
19. selalu makan di kedai
20. beli roti yang pecah @ makan yang reject
21. ibu yang mendokana dengan kejahatan anaknya
22. tidak menutup jag air
23. meniup lilin
24. menggunakan sikat yang patah
25. meninggalkan doa
26. belit serban sambil duduk
27. pakai seluar sambil berdiri
28. kedekut
29. malas
30. bermudah @ tidak bersungguh-sungguh

Monday, December 27, 2010

Institut pondok pasir tumbuh

Alhamdulilah..selamat sampai ke Tanjung malim pada pukul 1am semalam..perjalanan mencari ilmu di Madrasah Diniah Bakriah amat menggembirakan hati. kehidupan selama 2 minggu di pondok pasir tumbuh sememangnya amatlah beharga yang tak mampu dikongsikan dengan sesiapa. program yang bermula dari 11/12/2010 sehingga 26/12/2010 akan tersemat kemas dalam sanubari. syukran buat ustaz Abd Rahim yang banyak mengorbankan masa dan tenaga bagi membantu kami semua. segala ilmu yang saya perolehi membantu saya dalam pencarian yang saya cari selama ini. sesungguhnya inilah jiwa saya. insyaAllah jika dipanjangkan umur dan ada masa kelapangan saya akan ke pondok pasir tumbuh lagi. buat semua kenalan..insyaAllah entri akan datang akan saya kongsikan ILMU segala yang saya dapati disana..

p/s jalinan ukhuwah yang terjalin antara sahabat dari UM, USIM, UDM, diharap berkekalan..RINDU KALIAN SEMUA...RINDU PERSAHABATAN KITA..