Thursday, March 27, 2014

hukum memakai inai bercorak

assalamualaikum....

insyaallah hari ni nak berkongsi sedikit ilmu yang saya peroleh setelah membaca buku "risalah hati" tulisan ustazah Fatimah Syarha..

dulu tahu wanita ni tak boleh pakai inai, kecuali dengan izin suami.. jadi memang tanamkan azam masa nikah nanti tak nak pakai inai..

alhamdulillah..tulisan ustazah Fatimah Syarha banyak membantu..

mari zila kongsikan...

muzakarah majlis fatwa hal ehwal agama islam telah memutuskan bahawa

1) pakai inai pada kedua tangan dan kaki bagi wanita yang sudah dan belum berkahwin adalah diharuskan selagi tidak menimbulkan FITNAH..

2) kadar pemakaian terhad pada kedua perglangan tangan dan buku lali dan warna inai juga mestilah tidak bersifat kekal

3)corak ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak haiwan dan yang bertentangan dengan syarak adalah haram..

4) untuk lelaki tidak diharuskan memakai inai pada kedua tangan dan kaki..  kecuali pada sebilangan jari dan untuk tujuan perubatan...


selamat melangsungkan perkahwinan buat sahabat-sahabat yang dikenali.. doaku sentiasa mengiringi kalian... doakan  hamba pulak menyusuli.. moga Allah permudahkan dan perkenankan.. aminnn...

No comments:

Post a Comment