Tuesday, October 5, 2010

jangan pernah berhenti




seribu satu alasan untuk mengatakan rindu. rindu kepada Allah, pada emak dan abah, pada adik beradik, dan juga rindu pada seseorang. rindu tidak membuatkan kita menangis. rindu juga adalah kerana kita redha. rindu tidak sekali-kali membuatkan kita bersedih. rindu juga bukan bermakna saya sentiasa hidup dalam bayang-bayangan. rindu adalah salah satu perasaan anugerah Allah.saya bersyukur kerana dikurniakan rasa rindu. kerana dengan rasa inilah membuatkan saya sentiasa redha dengan apa jua yang berlaku. rindu jua menjadikan saya kuat dan tabah bila dilanda dugaan dan ujian.

dalam kesibukan menyiapkan tugasan yang kebanyakannya perlu dihantar pada minggu ini masih sempat mengupdate blog saya ini. itu juga dinamakan rindu..rindu untuk menulis blog. apa yang penting rindu juga bukan kerana paksaan.


p/s : rindu kepada dirinya adalah kerana Allah..

No comments:

Post a Comment