Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Monday, December 23, 2013

our holiday...bandung again

saya mulakan kata-kata ini dengan lafaz yang mulia... bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

hari ni tetiba je rasa nak update blog..dah berkurun zila tak mengupdate blog ni..memang berkurun giler..ada kot rasanya dekat setahun..huhu.. dengan cuti persekolahan yang tinggal beberapa kerat hari ni..saja nak merelekskan otak yang akan diperah untuk tahun depan.. huhu..padahal ada kerja yang belum dibereskan ni..ok kte tolak tepi dulu..

ok jom zila nak kongsikan sikit tips2 penting untuk korang yang first time nak ke bandung tu.. 
( syurga shopping ok )


1) mustlah korang kene booking tiket kan.. zila gne  airasia.com boleh lah murah..RM391 pergi balik..  

2) seminggu  sebelum pergi tu pastikan korang dah print boarding pass pergi dan balik.. nak dapatkan BP mestilah wat web check in la..ni kalau beli tiket online.. kalau buat kat kaunter korang kene charge rm10 seorang..then melecehkan.. ingat yer.. tiket (e-ticket pastikan print)

2) hotel dan pak supir..hari tu kteorang suruh pak supir carikan sekali hotel..malas nak pikir..

3) pastikan la passport korang tu available for 6 month..

4) tukar duit sesiap...rm1000 for shopping dah kira banyak tu..

5) baju bawa sikit je..tapi nasihat zila kalau korang tak boleh pakai baju baru yang belum dibasuh ..bawa baju lebih ok.. nanti zila cita kisah lucu  pasal baju ni..hehe

6) luggage @ beg  mesti tanda reben dan sila pastikan bawa beg kosong lebih

7) asingkan siap2 duit dari rumah, masuk dalam sampul.. contoh duit makan, hotel, paksupir, airport tax, tangkuban perahu dll..

8) ubat- ubat

9) baju hujan.. hari tu pergi musim hujan.. so memang menyesal tak pakai baju hujan.. pening yang teramat..

10) bagi yang muslimah tu.. ada nasihat sikit..memanglah pakaian terbaik untuk kte adalah jubah.. tapi ble nak travel kat tempat yang memang maha sesak ni.. zila sarankan pakai t-shirt muslimah dan seluar/skirt..  kat sana memang pergerakan kene cepat, pantas dan sentiasa berhati-hati..agak susah kalau kte pakai jubah tau.. 

ok.. tara.. itu je untu kali ne.. banyak lagi kisah2 menarik di bandung.. wait yer..huhu

wassalam..







serangan ulat gonggok dan cara mengatasinya

dimulakan dengan lafaz yang mulia bismillahirrahmanirrahim... 

assalamualaikum...sahabat yang saya kasihi kerana allah..

hari ni zila nak kongsi pasal serangan ulat gonggok kat umah zila..dulu time kecik-kecik memang suka mengacau makhluk kecik ni.. bila terjumpa saje je menguis dengan kaki.. sebab suka tengok dia bergulung..  tapi kan semenjak dua menjak ni.. si makhluk kecik ni pulak mengacau rumah zila..





tension tau..kat mana-mana je ternampak dia.. mula-mula tu  rasa biasa je lah..coz pikir dia pon makhluk allah juga.. nak mencari tempat berlindung..tapi semakin hari rasa semakin banyak pulak terjumpa ulat ni..di ruang tamu, dapur, bilik air dan paling geram kat bilik pon dia datang.. selidik punya selidik banyak betul sarangnya di kebun kecil tepi rumah kami.. dalam pasu bunga.. 

so meh zila nak tunjukkan cara senang korang nak mengatasinya..

1) cari sarangnya ( tanah ang subur, pasu bunga )..then sembur dengan racun serangga..

2) pergi luar rumah, pakai tudung, pakai selipar, then round keliling rumah.. asal jumpa je pijak je la..huhu.. ( ni cara kejam ni )

hehe..yang no 2 tu jangan ikut..

rasa bersalah pulak p pijak gonggok ni..

tapi dah dia mengacau tempat kiter kan..

so ..huhu

Saturday, December 17, 2011

mentari hidup

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

p/s: saya sedih =(
perancangan Allah itu lebih baik...

Thursday, December 15, 2011

seindah kasturi..seharum nailofar..

asssalamualaikum... apa khabar sahabat blogger semua? sihat ke? apa perkara yang menggembirakan dan juga menyedihkan sepanjang bulan terakhir dalam tahun 2011 ni??harap-harap tidak ada yang sedih kan.. harapan saya semua sahabat blogger dalam keadaan enjoy sekarang ni..so untuk sementara waktu ni mari kita lupakan kesedihan..jom kita enjoy...:-)

sebenarnya saya baru je mula jinak-jinak menjual minyak wangi..semua ini gara-gara sebab saya pernah bekerja di kedai perfume selepas habis praktikum dulu tu..huhu..seronok ye rupanya berniaga ni..hehe.. saya seronok promote minyak wangi dari bilik ke bilik di sekitar kawasan kampus dan kolej..dan yang paling teruja bila saya dah penat berceloteh diorang pon berminat membeli..hehe..

Tuesday, March 29, 2011

cinta kita cinta perjuangan


"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi" ~khazinatul_asrar~

Tuesday, March 8, 2011

salamalaik....

lama sangat rasanya saya tidak mengupdate blog ini...bukan apa, semenjak menjalani latihan praktikum ini saya amat sibuk melayani kerenah anak murid saya..seronok dan hidup saya sentiasa happy dengan anak-anak murid saya yang manja-manja belaka..ditambah lagi dengan tugas sebagai pembantu warden dekat asrama..jadi jadual harian saya sentiasa terisi dengan program. saya amat bersyukur kerana saya berpraktikum di sekolah yang bagus dan harmoni..walaupun sekolahnya terletak di pedalaman..tetapi setiap dugaan itu saya tempuhi dengan pebuh kesyukuran..





hidup dekat sini banyak jugalah kesusahan yang saya hadapai..hendak keluar shopping pon susah..maklumlah saya ini tiada kenderaan ..so if saya hendak keluar shopping terpaksa tunggu bas..bas pulak jarang-jarang ada...huh..terkadang itu menegeluh jugalah..tetapi semua itu saya ketepikan..yang penting saya harus tabah menghadapi setiap dugaan dan ujian ini dengan sabar..munkin ada hikmah disebaliknya..

apa yang penting..setiap kesusahan dan kepayahan itu perlu ditangani dengan sifat sabar dan syujur..beserta redha dengan ujian dan dugaan yang datang..


p/s : ujian dan dugaan selalu datang daripada insan yang tidak pandai menghargai dan menjaga hati seorang sahabat...mungkin dia tidak pernah mnyedari..

Sunday, January 9, 2011

hati-hati ketika membaca Al -Fatihah

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.

Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ......dua
harakat, MIN .... 3 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Friday, December 31, 2010

perkara atau amalan yang membawa kepada papa @ miskin


info ini saya peroleh ketika saya mengikuti program di pondok pasir tumbuh ini melalui ustaz Rahim. semoga beroleh manfaat. berikut merupakan perkara atau amalan kita yang boleh membawa kepada papa.

1. tidur tanpa berpakaian
2. buang air kecil tanpa berpakaian
3. makan ketika berjunub
4. makan sambil menyenggeng
5. tidak mengutip nasi yang jatuh ketika makan
6. membakar kulit bawang merah dan putih
7. menyapu rumah di waktu malam
8. berjalan-jalan dihadapan orang tua
9. memanggil ibu bapa dengan namanya
10. membasuh tangan dengan lumpur
11. duduk atas bendul pintu
12. bergayut dihadapan muka pintu
13. mengambil wudhuk didalam tandas
14. menjahit dia atas tubuh
15. mengeringkan muka dengan kain yang dipakai
16. membiarkan sarang labah-labah didalam rumah
17. melengah-lengahkan solat
18. tergesa-gesa keluar masjid
19. selalu makan di kedai
20. beli roti yang pecah @ makan yang reject
21. ibu yang mendokana dengan kejahatan anaknya
22. tidak menutup jag air
23. meniup lilin
24. menggunakan sikat yang patah
25. meninggalkan doa
26. belit serban sambil duduk
27. pakai seluar sambil berdiri
28. kedekut
29. malas
30. bermudah @ tidak bersungguh-sungguh

Monday, December 27, 2010

Institut pondok pasir tumbuh

Alhamdulilah..selamat sampai ke Tanjung malim pada pukul 1am semalam..perjalanan mencari ilmu di Madrasah Diniah Bakriah amat menggembirakan hati. kehidupan selama 2 minggu di pondok pasir tumbuh sememangnya amatlah beharga yang tak mampu dikongsikan dengan sesiapa. program yang bermula dari 11/12/2010 sehingga 26/12/2010 akan tersemat kemas dalam sanubari. syukran buat ustaz Abd Rahim yang banyak mengorbankan masa dan tenaga bagi membantu kami semua. segala ilmu yang saya perolehi membantu saya dalam pencarian yang saya cari selama ini. sesungguhnya inilah jiwa saya. insyaAllah jika dipanjangkan umur dan ada masa kelapangan saya akan ke pondok pasir tumbuh lagi. buat semua kenalan..insyaAllah entri akan datang akan saya kongsikan ILMU segala yang saya dapati disana..

p/s jalinan ukhuwah yang terjalin antara sahabat dari UM, USIM, UDM, diharap berkekalan..RINDU KALIAN SEMUA...RINDU PERSAHABATAN KITA..

Sunday, November 28, 2010

seloka kita dan aurat I

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

hanya kerak nasi untuk emak...


Bacalah... Moga-moga kita yang masih ada seorang wanita yang dipanggil mak atau ibu atau mama atau apa saja panggilan sedar dan insaf betapa besarnya pengorbanan wanita itu.

Cerita diambil dari artikel islamik

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ....

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah emakku Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa emak yang tak terhingga.

Saturday, November 27, 2010

cara bercinta dengan syariat islam..


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umat islam. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan baitul muslim yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslimah. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita."

Wednesday, November 3, 2010

cebisan kenangan

meniti saat-saat terakhir di UPSI amat mengundang pilu di sanubari. selama empat tahun menimba ilmu bersama teman seperjuangan yang disayangi menjadikan saya insan yang bertambah dewasa dek pengalaman yang menimbun. pertemuan dan perpisahan itu adalah adat insan beriman. sekarang ini sudah berakhirnya kuliah. hanya study week selama 3 minggu termasuk cuti raya haji sahaja yang tinggal. sukarnya nak tinggalkan kolej yang tercinta. apapun banyak kenangan indah yang saya kutip di sini. kini semuanya pasti tersurat dan tersemat kemas dalam sanubari. bersabarlah sahabat dengan ketentuan yang telah ditentukan olehNya. pastinya ada seribu rahmat yang tersembunyi. buat semua sahabatku yang kukenali ketahuilah bahawa diri ini amat menyayangi kalian semua. semoga kalian semua sentiasa dalam peliharaanNya..

sematkan setiap detik dan kenangan kita dalam sanubari..insyaAllah..







Sunday, October 10, 2010

suka vs tak suka


1) Saya suka baca buku terutamanya buku berunsur islamik. Kalau sekarang ni SOLUSI antara bahan bacaan kegemaran. Setiap buku yang dibeli saya pastikan akan menghabiskan pembacaan.

2) Saya suka kucing. Bila ada masalah saya akan menjadikan kucing sebagai tempat meluahkan segalanya. Kesian kucing saya.hehe

3) Saya tak pernah tengok wayang dan tak nak menjejakkan kaki ke tempat seperti itu. insyaAllah

4) sebenarnya saya tak suka menjawab panggilan dan berbalas SMS. Sebab itulah handphone tidak berapa penting bagi saya. Kecuali ada perkara penting.

5) Saya tak pernah main boling. Saya tak yakin untuk bermain

6) Saya suka laut yang terbentang luas. Bila saya pergi ke laut @ pantai perkara yang mesti saya buat adalah berdoa.

7) saya suka berahsia. sifat yang sukar saya kikis.

8) saya suka suasana yang tenang dan nyaman. bebas dari kesibukan. saya bercita-cita mahu membeli rumah yang dikelilingi sawah padi.mesti best kan

9) perkara wajib yang akan saya lakukan setiap bangun pagi ialah minum seteguk air putih dan basuh muka beserta selawat.

10)saya seorang yang sukar dimengerti.

Tuesday, October 5, 2010

jangan pernah berhenti




seribu satu alasan untuk mengatakan rindu. rindu kepada Allah, pada emak dan abah, pada adik beradik, dan juga rindu pada seseorang. rindu tidak membuatkan kita menangis. rindu juga adalah kerana kita redha. rindu tidak sekali-kali membuatkan kita bersedih. rindu juga bukan bermakna saya sentiasa hidup dalam bayang-bayangan. rindu adalah salah satu perasaan anugerah Allah.saya bersyukur kerana dikurniakan rasa rindu. kerana dengan rasa inilah membuatkan saya sentiasa redha dengan apa jua yang berlaku. rindu jua menjadikan saya kuat dan tabah bila dilanda dugaan dan ujian.

dalam kesibukan menyiapkan tugasan yang kebanyakannya perlu dihantar pada minggu ini masih sempat mengupdate blog saya ini. itu juga dinamakan rindu..rindu untuk menulis blog. apa yang penting rindu juga bukan kerana paksaan.


p/s : rindu kepada dirinya adalah kerana Allah..