Showing posts with label NASIHATKU. Show all posts
Showing posts with label NASIHATKU. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

hati-hati ketika membaca Al -Fatihah

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.

Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ......dua
harakat, MIN .... 3 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Friday, December 31, 2010

perkara atau amalan yang membawa kepada papa @ miskin


info ini saya peroleh ketika saya mengikuti program di pondok pasir tumbuh ini melalui ustaz Rahim. semoga beroleh manfaat. berikut merupakan perkara atau amalan kita yang boleh membawa kepada papa.

1. tidur tanpa berpakaian
2. buang air kecil tanpa berpakaian
3. makan ketika berjunub
4. makan sambil menyenggeng
5. tidak mengutip nasi yang jatuh ketika makan
6. membakar kulit bawang merah dan putih
7. menyapu rumah di waktu malam
8. berjalan-jalan dihadapan orang tua
9. memanggil ibu bapa dengan namanya
10. membasuh tangan dengan lumpur
11. duduk atas bendul pintu
12. bergayut dihadapan muka pintu
13. mengambil wudhuk didalam tandas
14. menjahit dia atas tubuh
15. mengeringkan muka dengan kain yang dipakai
16. membiarkan sarang labah-labah didalam rumah
17. melengah-lengahkan solat
18. tergesa-gesa keluar masjid
19. selalu makan di kedai
20. beli roti yang pecah @ makan yang reject
21. ibu yang mendokana dengan kejahatan anaknya
22. tidak menutup jag air
23. meniup lilin
24. menggunakan sikat yang patah
25. meninggalkan doa
26. belit serban sambil duduk
27. pakai seluar sambil berdiri
28. kedekut
29. malas
30. bermudah @ tidak bersungguh-sungguh

Saturday, November 27, 2010

cara bercinta dengan syariat islam..


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umat islam. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan baitul muslim yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslimah. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita."