Thursday, August 5, 2010

warkah untuk diriku


Assalamualaikum…bismillahirrahmanirrahim..

Untukmu suzila,

Jika kamu ingin bahagia, ingatlah kepada Allah selalu, ikhlaskanlah dirimu dalam setiap perkara yang kamu lakukan, jika kamu menghadapi musibah mengadulah hanya kepada-Nya, sentiasa perbaiki diri kamu, tinggalkan perkara yang dapat mengurangkan pahala kamu, sentiasalah perbaiki amal ibadatmu..insyaAllah Dia maha mendengar lagi mengetahui..

Untukmu suzila,

Perbaikilah tingkah lakumu, jagalah dirimu sebaiknya. Tiada siapa pun yang akan mampu memusnahkan kamu, melainkan kamu sendiri yang mengizinkannya dengan izin Allah. Kamu ibarat sehelai kertas putih, yang begitu mudah untuk dikotori. Kamu ibarat sehelai kertas nipis, yang mudah terkoyak. Kamu ibarat kertas yang lemah, namun mampu melukakan. Kamu ibarat kertas kosong, terserah kepadamu bagaimana mahu mencorakkan dirimu sendiri.

Untukmu suzila,

Ingatlah sentiasa bahawa langit tidak selalunya cerah, jika hari ini kamu ketawa kerana bahagia, tinggalkan sedikit secebis kesedihanmu untuk hari esok. Jika kamu bangga kerana apa yang kamu miliki hari ini, tinggalkan sedikit kegusaran tentang kehilangannya untuk hari esok. Lengkapkanlah dirimu seadanya dengan iman dan taqwa untuk bekalan di hari muka.

Untukmu suzila,

Jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang belum tentu mampu kamu miliki. Mengharap itu perlu, tapi lihatlah dirimu terlebih dahulu. Layakkah kamu untuk memiliki. Hanya satu sahaja pesanku. Jika kamu berhati mulia, insan yang hadir dalam hidupmu juga berhati mulia. Jika kamu masih tidak mampu untuk melakukannya, hentikanlah pengharapan itu. Kerana kamu sendiri mengetahui bahawa angan-anganmu terlalu panjang sehingga kamu sentiasa di awang-awangan..sedarlah kamu wahai suzila..

untukmu suzila,

Kau istimewa. Bukan kerana kau cantik. Bukan kerana kau kaya. Bukan kerana kau bijaksana. Tapi kerana keinginanmu mencari redha Allah.
Pesanku..hargailah dirimu, sayangilah dirmu, syukurilah segala apa yang telah kamu miliki, berdoalah selalu kepadanya jika kamu mengharapkan sesuatu, berserahlah diri kepada-Nya. Usah berputus asa. Mungkin Allah hanya ingin menguji sejauhmana ketulusan hatimu kepadanya..

Untukmu suzila..

Teruskan perjuangamu..iklhaskan hatimu kamu pasti akan menemuinya..insyaAllah..




No comments:

Post a Comment