Tuesday, March 29, 2011

cinta kita cinta perjuangan


"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi" ~khazinatul_asrar~

Tuesday, March 8, 2011

salamalaik....

lama sangat rasanya saya tidak mengupdate blog ini...bukan apa, semenjak menjalani latihan praktikum ini saya amat sibuk melayani kerenah anak murid saya..seronok dan hidup saya sentiasa happy dengan anak-anak murid saya yang manja-manja belaka..ditambah lagi dengan tugas sebagai pembantu warden dekat asrama..jadi jadual harian saya sentiasa terisi dengan program. saya amat bersyukur kerana saya berpraktikum di sekolah yang bagus dan harmoni..walaupun sekolahnya terletak di pedalaman..tetapi setiap dugaan itu saya tempuhi dengan pebuh kesyukuran..





hidup dekat sini banyak jugalah kesusahan yang saya hadapai..hendak keluar shopping pon susah..maklumlah saya ini tiada kenderaan ..so if saya hendak keluar shopping terpaksa tunggu bas..bas pulak jarang-jarang ada...huh..terkadang itu menegeluh jugalah..tetapi semua itu saya ketepikan..yang penting saya harus tabah menghadapi setiap dugaan dan ujian ini dengan sabar..munkin ada hikmah disebaliknya..

apa yang penting..setiap kesusahan dan kepayahan itu perlu ditangani dengan sifat sabar dan syujur..beserta redha dengan ujian dan dugaan yang datang..


p/s : ujian dan dugaan selalu datang daripada insan yang tidak pandai menghargai dan menjaga hati seorang sahabat...mungkin dia tidak pernah mnyedari..