Tuesday, December 31, 2013

Di Bawah Payung RahmatMu....



hidayah itu milik Allah
terima kasih Ya Allah
kerana Engkau mengasihiku

terlalu banyak nikmat yang telah Engkau beri
kini, aku yakin
dan aku akan teguhkan
keyakinan ini
sehingga penghujung nafas ini

Engkaulah Tuhanku yang Maha Agung
tiada tuhan selain Engkau
rahmatilah aku di bawah payung rahmatMu
kasihi daku sebagaimana Engkau 
mengasihi hamba-hambamu yang soleh

sekelumit kasihMu membuatku bahagia
membuat derita jiwaku yang dahulu hilang
hilang di sebalik cahaya
yang telah Engkau berikan 
pada diriku 
yang serba hina ini...


noorsuzila_zila

No comments:

Post a Comment