Saturday, May 22, 2010

8 keburukan ' bergayut '



pernah tak anda berhadapan dengan seseorang yang suka sangat bergayut..paling menjengkelkan bergayut di telefon waktu tengah malam bila semua orang dah nak tido..nak marah takut tersinggung pulak kan..memang tidak salah menggunakan handphone tetapi mestilah ada hadnya. bergayut di telefon berjam-jam bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah berlakunya pembaziran wang ringgit. apa istimewanya bergayut..sekadar berbual dan bergelak ketawa dan bercerita perkara yang tidak mampu mendatangkan manfaat..sekiranya ingin bertanya khabar ataupun kecemasan tidak mengapa lah..tetapi kalau sekadar ingin bergosip dan .... lupakan sahajalah..

berikut antara kesan negatif salah guna telefon

1. pembaziran masa - lebih baik tumpukan pada pembelajaran

2. pembaziran wang - kesian pada ibu bapa..kalau pinjaman ptptn pulak sepatutnya
digunakan untuk tujuan yang betul

3. terlepas sesuatu yang penting

4. mengganggu orang lain - paling tak suka tengok orang bergayut..bukan jeles tau
tapi sakit telinga mendengar..

5. mementingkan diri sendiri

6. kesan buruk kepada otak - cepat nyanyuk

7. kurang berjumpa

8. tidak telus


SO.. BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASINYA?? BERIKUT ADA 6 TIPS YANG BERGUNA...


1. elakkan dari 24 jam bersama telefon

2. berani untuk mengakhiri setiap perbualan telefon

3. hadkan penggunaan telefon

4. buat panggilan yang penting sahaja

5. pastikan tujuan membuat panggilan

6. elakkan dari menghubungi teman yang suka bergayut...

semoga ada manfaat..sekian..

No comments:

Post a Comment