Saturday, June 19, 2010

lelaki idamanku..



lelaki idamanku,
tertegak islam dalam dirinya,
sejernih salju,
hatinya dilingkari cinta yang satu,
iman dan taqwa menjadi sepatu,
dengan roh islam dia melangkah,
maju,
dahagakan pahala,
hauskan ilmu,
gagah melawan hawa nafsu,
solatnya dihayati penuh shahdu,
kata-katanya benar tidak menipu.

lelaki idamanku,
teguh dalam saf perjuangan,
teman-temannya adalah,
pencinta syariat islam,
yang menyampaikan ilmu di dada,
buat umat yang kehausan,
yang menginfakkan harta,
untuk jalan jihad dan kebenaran.

lelaki idamanku,
adalah lelaki beriman,
yang mengalir dalam darahnya sifat kepimpinan,
suka berbuat kebajikan,
berbakti kepada ayah bondanya penuh kebaikan,
dalam rumah tangga,
dialah penjaga kerukunan,
menghiasi jiwa ahlinya dengan seagung-agung pegangan,
mendidik anak dan isterinya menghayati islam,
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
yang dunia baginya,
dunia sementara menuju akhirat.

lelaki idamanku,
sentiasa bersedia menjadi imam,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran,
dengan petunjuk Rasulullah,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
yang menjaga matanya daripada berbelanja,
yang sujudnya penuh kesyukuran,
dengan rahmat Allah ke tasnya.

lelaki idamanku,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana membaca,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan brezikir,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangun subuhnya penuh kecergasan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

lelaki idamanku,
sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup adalah ladang di akhirat,
yang mana buah kehidupan itu,
perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik bertunas,
bakal menjadi baka yang baik,
meneruskan perjuangan islam,
sebelum hari kemudian.

lelaki idamanku,
adalah lelaki,
yang tidak terpesonadengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
disitulah rumah idamannya,
dan dia ingin membawaku bersama,
dialah,
lelaki idamanku!!!!

No comments:

Post a Comment