Saturday, July 17, 2010

aurat dalam islam




bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum..

setelah membaca sebuah artikel yang terkandung dalam diari islamiah saya berkaitan tentang aurat, saya teramat teruja untuk berkongsi sedikit pembacaan saya kepada semua. sebelum saya meneruskan penulisan ini, terlebih dahulu saya ingin mengatakan bahawa saya bukanlah seorang yang bijak dalam menyusun kata-kata. sekadar hanya berkongsi pembacaan yang saya kira agak menarik untuk dirungkaikan.

dewasa ini kita sering mendengar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri. kejadian "haruan makan anak " adalah suatu yang lumrah di saat ini hingga tidak menimbulkan perasaan gerun, marah, simpati kepada masyarakat.

faktor yang berkaitan dengan masalah ini bolehlah dikatakan adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara yang melibatkan tentang tentang aurat. saya tidaklah pula bermaksud untuk mengatakan bahawa kaedah pemakaian saya adalah amat sempurna bagi menasihati sesiapa sahaja. saya sendiri sedang berusaha untuk melakukan perubahan bagi memberikan ketenangan dan kedamaian dalam kehidupan saya sendiri. ditambah pula dengan fesyen pemakaian yang mudah mempengaruhi kaum hawa seperti saya.

secara ringkasnya aurat diambil dari perkataan arab 'aurah' yang bererti keaiban. manakala dalam istilah feqah aurat adalah sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi daripada pandangan orang lain.

perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah swt dalam surah Al Ahzab ayat 33 yang bermaksud :

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

secara ringkasnya dengan menutup aurat wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak daripada mereka yang ingin mengambil kesempatan. sekiranya kita membuka aurat sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mudah merangsang lelaki untuk mengganggu. dalam hal ini Allah telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.

demikianlah sedikit informasi dan peringatan untuk kaum hawa dan untuk diri saya terutamanya. saya bukanlah sesempurna mana dalam menepati pemakaian menurut syariat islam. tetapi saya adalah insan yang sentiasa ingin memperbaiki diri dan belajar untuk menutup aurat dengan sempurna.



semoga ada manfaat. wassalam...

No comments:

Post a Comment