Sunday, October 10, 2010

suka vs tak suka


1) Saya suka baca buku terutamanya buku berunsur islamik. Kalau sekarang ni SOLUSI antara bahan bacaan kegemaran. Setiap buku yang dibeli saya pastikan akan menghabiskan pembacaan.

2) Saya suka kucing. Bila ada masalah saya akan menjadikan kucing sebagai tempat meluahkan segalanya. Kesian kucing saya.hehe

3) Saya tak pernah tengok wayang dan tak nak menjejakkan kaki ke tempat seperti itu. insyaAllah

4) sebenarnya saya tak suka menjawab panggilan dan berbalas SMS. Sebab itulah handphone tidak berapa penting bagi saya. Kecuali ada perkara penting.

5) Saya tak pernah main boling. Saya tak yakin untuk bermain

6) Saya suka laut yang terbentang luas. Bila saya pergi ke laut @ pantai perkara yang mesti saya buat adalah berdoa.

7) saya suka berahsia. sifat yang sukar saya kikis.

8) saya suka suasana yang tenang dan nyaman. bebas dari kesibukan. saya bercita-cita mahu membeli rumah yang dikelilingi sawah padi.mesti best kan

9) perkara wajib yang akan saya lakukan setiap bangun pagi ialah minum seteguk air putih dan basuh muka beserta selawat.

10)saya seorang yang sukar dimengerti.

Tuesday, October 5, 2010

jangan pernah berhenti




seribu satu alasan untuk mengatakan rindu. rindu kepada Allah, pada emak dan abah, pada adik beradik, dan juga rindu pada seseorang. rindu tidak membuatkan kita menangis. rindu juga adalah kerana kita redha. rindu tidak sekali-kali membuatkan kita bersedih. rindu juga bukan bermakna saya sentiasa hidup dalam bayang-bayangan. rindu adalah salah satu perasaan anugerah Allah.saya bersyukur kerana dikurniakan rasa rindu. kerana dengan rasa inilah membuatkan saya sentiasa redha dengan apa jua yang berlaku. rindu jua menjadikan saya kuat dan tabah bila dilanda dugaan dan ujian.

dalam kesibukan menyiapkan tugasan yang kebanyakannya perlu dihantar pada minggu ini masih sempat mengupdate blog saya ini. itu juga dinamakan rindu..rindu untuk menulis blog. apa yang penting rindu juga bukan kerana paksaan.


p/s : rindu kepada dirinya adalah kerana Allah..