Saturday, December 17, 2011

mentari hidup

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

p/s: saya sedih =(
perancangan Allah itu lebih baik...

Thursday, December 15, 2011

seindah kasturi..seharum nailofar..

asssalamualaikum... apa khabar sahabat blogger semua? sihat ke? apa perkara yang menggembirakan dan juga menyedihkan sepanjang bulan terakhir dalam tahun 2011 ni??harap-harap tidak ada yang sedih kan.. harapan saya semua sahabat blogger dalam keadaan enjoy sekarang ni..so untuk sementara waktu ni mari kita lupakan kesedihan..jom kita enjoy...:-)

sebenarnya saya baru je mula jinak-jinak menjual minyak wangi..semua ini gara-gara sebab saya pernah bekerja di kedai perfume selepas habis praktikum dulu tu..huhu..seronok ye rupanya berniaga ni..hehe.. saya seronok promote minyak wangi dari bilik ke bilik di sekitar kawasan kampus dan kolej..dan yang paling teruja bila saya dah penat berceloteh diorang pon berminat membeli..hehe..