Saturday, July 31, 2010

bahagia itu bila membahagiakan

assalamualaikum..

bismillahirrahmanirrahim..

syukur alhamdulilah kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk sentiasa memperbaiki diri. alhamdulilah Allah sentiasa menggerakkan hati ini untuk pergi ke majlis-majlis ilmu..syukur padaMu ya Rabb..banyak sungguh program yang bermanfaat yang dapat saya hadiri. semalam ada perbincangan tentang buku 'cinta di langit Gaza' travelog aktivitis kemanusiaan yang ditulis oleh ustaz Riduan Mohamad Nor. seronok mendengar ceramahnya yang bersemangat dan membuatkan saya turut bersemangat..alhamdulilah..Allahhuakbar...



alhamdulilah..baru menghabiskan bab 1..memang bagus buku ini, membantu kita untuk memahami keadaan sebenarnya keadaan di sana..pagi ini pula ada bengkel pengurusan ibadah solat..marilah semua sahabat, kita pergi ambil ilmu untuk pagi ini..moga ada kelapangan untuk pergi..insyaAllah..


p/s hidup ini terasa amat bahagia bila kita membahagiakan insan di sekeliling kita..
hidup ini akan terasa begitu sukar bila bahagia itu tidak hadir dalam diri, mengapa mudahnya mengecewakan hati insan di sekeliling kita?? bahagiakan mereka, anda juga pasti bahagia..

aminn...

Friday, July 30, 2010

ikhlaskan hatiku



ikhlaskah hati ini jika hanya diluaran sahaja kita menguntum senyum, tetapi jauh di sudut hati kita mencebik tanda tidak menyenangi apa yang dilihat..itu tandanya kita tidak ikhlas dalam memberikan secebis senyuman kepada seseorang..adakalanya ketika bertemu dengan individu yang kurang menitikberatkan keperibadiannya dalam hal-hal tertentu, saya dengan mudahnya menghukum individu tersebut. walaupun pada luarannya saya akan tersenyum, namun didalam hati ada sedikit perasaan kurang senang terhadap individu tersebut..

aduhai..sukarnya untuk mengikhlaskan hati dalam menjalinkan ukhuwah sesama manusia..
ya Allah sesungguhnya berjuang dijalanmu adalah sesuatu yang amat mencabar keikhlasan hati ini..saya selalu mengatakan bahawa dalam setiap apa yang dilakukan perlulah bertunjangkan kesabaran dan juga keikhlasan..kini Allah hanya ingin menguji saya dengan sejauh manakah keikhlasan saya dalam perjuangan meraih cinta-Nya..

ya Allah..semoga perjuangan ku untuk meraih cinta-Mu adalah keikhlasan dan ketulusan yang tidak memandang pangkat, darjat dan kedudukan manusia..

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan...

aminnn...

Monday, July 26, 2010

epilog silam



Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku
Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari T
uhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

p/s: lagu ini sungguh menyentuh perasaan dan teramat syahdu.. saat ini saya sedang sibuk membuat persiapan untuk presentation audiologi.. moga segalanya berjalan dengan lancar..amin..begitu tenang hati walaupun mata saya semakin tidak tertanggung menahan lagi..hampir tersengguk..maka lebih baiklah saya berhenti setakat ini sahaja..lelapkan mata dan lapangkan fikiran.. ya Allah permudahkanlah segala urusanku...

Saturday, July 24, 2010

happy birthday angah

ini cerita tentang kakak saya yang ke2..nama dia seri marlina bt mostapa..berumur..emm..oh sekarang ini dia sudah bertambah tua..huhu..apapun sekarang umur dia ni 25 tahun..kakak saya yang seorang ini memang garang orangnya (habislah kalau dia tahu)..tapi garang macam mana pun, sebenarnya baik..sukalah tu..kalau dulu dia ini agak ganas sedikit..ala, macam lelaki la sikit..tapi sekarang ini, huh..punyalah ayu..




sewaktu konvokesyen..bersama emak saya..

dia baru saja menamatkan pelajarannya di UNIMAS..sekarang ini sudah bekerja di wilayah iskandar johor dalam bidang ekonomi (UPEN)..semoga terus sukses ya..tapi saya tahu sebenarnya dia berminat mahu menjadi cikgu..masa saya balik cuti semester lepas saya ternampak sesuatu buku yang membuktikan bahawa dia minat mahu menjadi cikgu..tapi yang hairannya bila cakap dengan saya dia tidak minat jadi cikgu.. mesti sedih itu sebenarnya..apa yang saya tahu sekarang ini dia berusaha untuk dapatkan DPLI atau KPLI..

apapun..semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

p/s : SEMOGA PANJANG UMUR & DIMURAHKAN REZEKI..AMIN..

sebuah harapan





persoalan demi persoalan menghantui
terlalu sukarkah untuk berpatah balik
ke mana pergi kamu wahai sang kekuatan
kemana hilangnya ego yang bijak menepis perasaan yang datang
lemahkah diri ini??
Ya Allah...bantulah hati ini..
beritahulah hati ini..berikan petunjuk dan hidayahmu..
masa seakan amat pantas berlalu..
mungkin ini sebuah pengharapan
tetapi, sebuah harapan yang sia-sia..

Saturday, July 17, 2010

aurat dalam islam




bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum..

setelah membaca sebuah artikel yang terkandung dalam diari islamiah saya berkaitan tentang aurat, saya teramat teruja untuk berkongsi sedikit pembacaan saya kepada semua. sebelum saya meneruskan penulisan ini, terlebih dahulu saya ingin mengatakan bahawa saya bukanlah seorang yang bijak dalam menyusun kata-kata. sekadar hanya berkongsi pembacaan yang saya kira agak menarik untuk dirungkaikan.

dewasa ini kita sering mendengar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri. kejadian "haruan makan anak " adalah suatu yang lumrah di saat ini hingga tidak menimbulkan perasaan gerun, marah, simpati kepada masyarakat.

faktor yang berkaitan dengan masalah ini bolehlah dikatakan adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara yang melibatkan tentang tentang aurat. saya tidaklah pula bermaksud untuk mengatakan bahawa kaedah pemakaian saya adalah amat sempurna bagi menasihati sesiapa sahaja. saya sendiri sedang berusaha untuk melakukan perubahan bagi memberikan ketenangan dan kedamaian dalam kehidupan saya sendiri. ditambah pula dengan fesyen pemakaian yang mudah mempengaruhi kaum hawa seperti saya.

secara ringkasnya aurat diambil dari perkataan arab 'aurah' yang bererti keaiban. manakala dalam istilah feqah aurat adalah sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi daripada pandangan orang lain.

perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah swt dalam surah Al Ahzab ayat 33 yang bermaksud :

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

secara ringkasnya dengan menutup aurat wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak daripada mereka yang ingin mengambil kesempatan. sekiranya kita membuka aurat sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mudah merangsang lelaki untuk mengganggu. dalam hal ini Allah telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.

demikianlah sedikit informasi dan peringatan untuk kaum hawa dan untuk diri saya terutamanya. saya bukanlah sesempurna mana dalam menepati pemakaian menurut syariat islam. tetapi saya adalah insan yang sentiasa ingin memperbaiki diri dan belajar untuk menutup aurat dengan sempurna.



semoga ada manfaat. wassalam...